Nak buat nasi minyak simple sahaja, takde lah rumit sangat. Cuma yang penting tahu berapa sukatan untuk itu ini.
Nasi minyak daging beriani ini kebiasaanya mak-mak akan hidang sewaktu hari raya atau rumah terbuka. Nak makan ketika bulan puasa semasa berbuka pun okay.
Nak makan hari-hari biasa pun okay je, takde masalah. Cuma kalau makan ramai-ramai lagi best, lagI padu.
RESIPI NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
- bawang goreng
- daun bawang dihiris
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
- Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
- Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
- Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
- Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
RESIPI DAGING BERIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
- Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Angah Izan
Baca juga: Tips Penting Supaya Kek Batik Indulgence Anda Nampak Cantik Dan Bersinar