Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Minyak Ala Kenduri, Anak-Anak Suka Sampai 3 Kali Repeat!

Resepi Nasi Minyak Ala Kenduri, Anak-Anak Suka Sampai 3 Kali Repeat!

Kategori: ,
Nasi Minyak Ala Kenduri

Sebab sekarang musim PKP ni kita tak dapat nak pergi kenduri kawin. Mesti rindu juga kan nak makan nasi minyak? Resepi nasi minyak ala kenduri perkongsian oleh Sakinah Sulaiman. Menurutnya, ini adalah resepi ibunya yang digunakan untuk berniaga dahulu. Memang pasti sedap resepi ni, jom cuba!

RESEPI NASI MINYAK ALA KENDURI

Bahan-bahan tumis:

  • 2-3 sudu bawang kisar
  • Bunga lawang -1
  • Kayu manis -1
  • Bunga cengkih -5
  • Buah pelaga -4
  • 1 inci halia – potong nipis
  • 3-4 sudu minyak masak
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 sudu marjerin (brand pelangi paling sedap)

Bahan lain:

  • Daun pandan
  • Beras – 4 pot cawan untuk 5-6 orang makan
  • Gula
  • Garam
  • Pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Tumiskan semua bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan daun pandan. Biarkan sehingga air mendidih.
  2. Kemudian baru masukkan beras yang sudah dibasuh. Kacau rata beras tadi dan masukkan sedikit gula garam mengikut citarasa. Letak sedikit sahaja, hujung-hujung sudu.
  3. Biarkan sehingga nasi masak kemudian masukkan pewarna kuning setitik dua dan gaul sehingga warna sebati.
  4. Nasi minyak siap!

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang kisar – 5 sudu
  • Cili kering kisar – 6 sudu
  • Halia – 1 1/2 sudu
  • Bawang besar hiris sebiji
  • 2-3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap lemak manis (jika suka)
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Goreng ayam bersama garam dan kunyit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan lain.
  4. Masukkan ayam tadi.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Siap.

Siap nasi minyak ala kenduri.

Selamat mencuba!

tags: