Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Plov Uzbekistan Yang Menarik Dan Sedap

Resepi Plov Uzbekistan Yang Menarik Dan Sedap

Kategori:

Plov Uzbekistan ini adalah antara makanan popular di bulan Ramadan di negara slavik seperti Russia, Ukraine, Balarus dan sebagainya. Ia adalah variasi pilaf dan masjid di sana akan menghidangkan plov ini sewaktu berbuka puasa. Resepi Plov Uzbekistan ini dikongsi oleh seorang lelaki yang pernah belajar di Ukraine dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pot beras
  • 3 batang lobak merah
  • 3 biji bawang belanda
  • 1 labu bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 camca besar jintan (manis/putih)
  • 1 camca besar lada hitam
  • 200 ml minyak masak
  • 300 gm daging lembu
  • Garam secukup rasa
  • Air mengikut sukatan biasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sediakan bahan-bahan. Hiris bawang belanda, lobak merah dipotong julien, gading dipotong kiub. Bawang putih tu belah separuh(susah nak jelaskan, tak apa nanti tengok gambarnya)
  2. Pertama, tumis bawang belanda sampai naik bau dia. Kalau nak guna bawang merah pun boleh. Tiada masalah. Jadi juga. Bawang belanda(Holland) ada juga orang panggil bawang kuning, kan?
  3. Bila bawang dah kuning keemasan dan terkaramel , masukkan daging. Goreng daging ni sampai permukaan dia ada perang-perang. Bukan hangus tau! Dia jadi perang kerana jus daging tu kering, dan menjadi kerak. Peh itu yang jadikan sedap tu.
  4. Sesudah tu masukkan jintan dan lada hitam. Tumis sikit lagi sampai rempah ni naik bau. Masa ni bau dia dah menggoda. Minyak tu semua dah terinfus(infused) dengan aroma bawang, daging dan rempah.
  5. Masukkan lobak merah. Jika ada kismis boleh masukkan juga. Orang kata kalau tumis kismis minda, nanti bila makan terus jadi bijak goreng jawapan ketika peperiksaan. (aku tengah goreng kau orang ni).
  6. OK, kita sambung masak. Saya masukkan air sikit sebab daging tu dah terlebih kering dan garing. Takut hangus pula. Kemudian reneh.
  7. Jadi macam ni. Dah boleh masukkan garam secukup rasa.
  8. Masukkan beras yang sudah dibilas bersih. Tabur je atas bahan tumisan ni perlahan-lahan. Jangan kacau. Daging dan lobak ni perlu berada di bawah.
  9. Letak bawang putih yang kita dah belah dua. Tadi saya potong bawang putih guna pedang samurai. Oleh kerana ia lagak ngeri, tak dapatlah disiarkan di sini.
  10. Masukkan air secukupnya. Saya masak 2 pot(cawan) jadi saya masukkan lebih kurang 3 cawan air. Biasanya saya gunakan formula : 1 cawan beras = 1½ cawan air.
  11. Kemudian letak cili. Letak macam ni je. Kemudian tanak nasi macam biasa. Cili dan bawang putih ni adalah lalap yang dimakan dengan plov. Bawang putih ni nanti akan jadi lembut dan berlemak macam mentega. Sangat sedap.
  12. Na! Dah siap. Nampak tak menarik kan? Ya lah, sebab belum korek harta karun di bawah timbunan nasi ni. Kira gemburkan nasi, dan naikkan lobak, bawang dan daging yang berada di bawah tu.
  13. Hidang macam ni! Rasa dia macam nasi minyak. Tapi ada rasa bawang goreng terkaramel, daging goreng, manis lobak merah, dan rempah jintan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

tags: