Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Raya Paling Lejen! Ini Dia Resipi Kuih Siput Rangup Lain Macam,Boleh Buat Kudapan

Kuih Raya Paling Lejen! Ini Dia Resipi Kuih Siput Rangup Lain Macam,Boleh Buat Kudapan

Kategori: ,
kuih siput

Kuih siput merupakan makanan tradisional orang Melayu. Kuih ini tidak lapuk dek zaman tidak lekang dek panas. Tetap sahaja mendapat sambutan sehingga kini. Kuih siput ini diperbuat daripada beberapa adunan terpilih yang mana menjadikannya enak dan rangup. Jom kita ikuti caranya.

Kuih Raya Paling Lejen! Ini Dia Resipi Kuih Siput Rangup Lain Macam,Boleh Buat Kudapan

Bahan-Bahan:

Bahan A

  • 500 g tepung gandum
  • 50 g butter /margerin

Bahan B (kisar)

  • 50 g santan pekat
  • 120 g air biasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar – saiz kecik
  • 1/2 sudu besar jintan putih @ serbuk kari
  • 4 biji cili padi @ cili kering, nak pedas, tambah
  • 25 g udang kering @ ikan bilis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu teh gula
  • 1 1/2 sudu teh garam halus

Bahan C

  • Minyak untuk menggoreng
  • 2-3 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

1.Gaul sebati tepung & butter hingga jadi macam serbuk roti.

2. Blend Bahan B hingga agak halus.

3. Satukan dengan tepung dan gaul sebati hinga membentuk doh. KALAU masih peroi, boleh tambah sedikit air. Hati2, jgn terlalu lembik, nanti melekat time nak tenyeh.

4. Tutup doh & rehatkan 15 min supaya bahan2 dalam doh sebati dan mudah ditenyeh.

5. Guna acuan kuih siput, tenyeh sampai habis.

6. Panaskan minyak, dan goreng hingga sedikit kekuningan. Pastikan api sederhana supaya bahagian dalam kuih masak sekata.

7. Bila kuih siput sedia di angkat, taburkan sedikit daun kari. Bila bunyi daun kari dah senyap, angkat kuih siput ke dalam loyang yang dialas tisu.

8. Kuih siput yang dah siap goreng, rehatkan biar betul2 sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara. Kuih siput

**Kalau nak jenis gebu @ ampa rasa gigi ampa tak kuat nak kunyah, boleh tambah butter/margerin & kurangkan air.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: shima bakar

Baca juga : Cara Simple Buat Mee Rebus Johor Yang Sedap Dan Menyelerakan

tags: