Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Mazola Mudah Tapi Sedap, Guna 4 Bahan Je

Resepi Biskut Mazola Mudah Tapi Sedap, Guna 4 Bahan Je

Kategori:
Biskut mazola

Biskut mazola merupakan kuih raya legend yang digemari ramai. Jom cuba buat biskut mozola ini menggunakan resepi perkongsian oleh Nayla Gee. Hanya menggunakan 4 bahan mudah sahaja.

Resepi Biskut Mazola Mudah Tapi Sedap, Guna 4 Bahan Je

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak lepas tu blender kering)
  • 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 cawan minyak mazola

Cara-cara:

  1. Campurkn kacang kisar, gula icing & tepung gandum, gaul sebati.
  2. Kemudian, tuangkan minyak mazola sikit2 uli & gaul.
  3. Kalau dah ok boleh la kepal-kepalkan atau bulat-bulatkan.
  4. Hiasan bahagian atas menggunakan lebihan kacang tadi & sapukn telur kuning
  5. Bakar dalam oven suhu 150°c & bakar selama 20 minit atau mengikut ikut oven masing-masing.
  6. Bila dah siap, tunggu sejuk baru masuk dalam botol. Boleh dapat 100 biji.
tags: