Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Agar-Agar Kering, Tanpa Guna Oven & Mixer

Resepi Agar-Agar Kering, Tanpa Guna Oven & Mixer

Kategori:
Agar-Agar Kering

Kuih raya legend ini paling simple dibuat kerana tanpa perlu guna oven dan mixer. Memang mudah sangat! Memang wajib ada setiap kali aidilfitri. Cara membuatnya sangat mudah, semua orang boleh buat. Jom cuba resepi agar-agar kering ni, raya pun tak lama dah.

Resepi Agar-Agar Kering, Tanpa Guna Oven & Mixer

Bahan-bahan:

  • 60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
  • 1.4 kg gula pasir
  • 1600 ml air
  • 250 gm gula batu
  • Pewarna sikit

#Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
  2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
  3. Jemur sampai keluar gula. Bergantung pada cuaca. Kalau panas terik 4-5 hari dah boleh kering.

#Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.

#Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.

Kredit: Amira Halil

Selamat mencuba!

 

tags: