Kuih telaga emas merupakan kuih tradisional Melayu yang mempunyai rasa lemak-lemak manis. Sangat sedap. Kuih telaga emas ini diperbuat daripada tepung pulut,tepung gandum dan tepung jagung, dan ditengah-tengahnya mempunyai inti kastard. Warnanya yang hijau di luar dan kuning di tengah pasti membangkitkan selera anda.
BAHAN-BAHAN:
Bahagian Hijau :
- 250g tepung pulut
- 3 sb tepung gandum
- 1 sb tepung jagung
- sedikit garam
- 1 cawan air pandan
- sedikit pewarna hijau
Bahagian Kuning :
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan santan
- 1 sk esen vanilla
- 3 biji telur
- sedikit garam
- sedikit pewarna kuning telur
- 2 sb tepung kastard
- 1/4 cawan tepung gandum
Bahan Lain :
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan ke semua bahan Bahagian Hijau kecuali air dan pewarna, kacau sebati .
- Masukkan pewarna dan juga air sedikit demi sedikit sambil di uli hingga adunan menjadi doh .
- Ambil sedikit adunan dan bulatkan .
- Letakkan di dalam acuan lompang yang sudah dioles dengan sedikit minyak .
- Tekan dan ratakan doh di sekeliling acuan .
- Ulang proses sehingga selesai .
- Sementara itu panaskan kukusan .
- Untuk membuat bahagian dalamnya pula , satukan air suam , santan dan juga gula. Kacau rata sehingga gula larut .
- Masukkan esen vanilla , garam , pewarna dan juga telur. Kacau seketika .
- Akhir sekali masukkan adunan tepung , kacau sebati kemudian tapiskan .
- Tuangkan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh .
- Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana .
- Keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan sebelum dihidang .
- Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Farisha Sofea
Baca juga: Resepi Mudah Buat Lontong Tetapi Sedap, Sesuai Dihidang Waktu Hari Raya