Anda mencari-cari resepi biskut yang mudah? Resepi jejari coklat nestum ini untuk anda kerana hanya menggunakan 4 bahan yang mudah didapati. Yang pasti memang sedap dan mudah dibuat. Jom cuba!
Resepi Jejari Coklat Nestum Mudah
Bahan-bahan:
Roti keping
Coco butter – 1 1/2 sudu besar
Nestum
Coklat coin-500gram
Cara-cara:
Gunting roti pada bahagian kecil-kecil sehingga habis atau atas masin-masing.
Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama 10 minit. Kemudian masukkan roti, bakar selama 20-25 minit sehingga garing. Balikkan roti setiap 10 minit supaya roti garing sekata.
Sementara tunggu roti garing, cairkan 500 gram coklat secara double boiler.
Bila sudah cair, masukkan 1 1/2 sudu besar coco butter/minyak masak untuk cairkan sedikit coklat tu.
Celupkan guntingan roti sedikit demi sedikit ke dalam coklat.
Angkat coklat yang dicelup tadi ke dalam bekas yang mengandungi nestum. Salut rata semua roti.
Letak sekejap dalam peti selama 10 minit supaya coklat cepat keras. Kalau sejukkan di luar peti, coklat lambat keras dan akan jadi lemau.