Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Mama Carries, Boleh Deco Ikut Citarasa Masing-Masing

Resepi Biskut Mama Carries, Boleh Deco Ikut Citarasa Masing-Masing

Kategori:
Biskut Mama Carries

Memang ramai peminat biskut mama carries ni kan? Cantik sangat sampai sayang nak makan. Biasa beli kat kedai je, apa kata kali ni jom cuba buat sendiri. Boleh deco lawa-lawa mengikut citarasa masing-masing, baru puas hati. Jom cuba!

Resepi Biskut Mama Carries

Bahan-bahan biskut:

  • 250g butter
  • 115g gula ising
  • 150g tepung jagung
  • 350g tepung gandum (cap bunga rose)
  • 25g susu tepung
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara:

  1. Satukan butter, gula dan kuning telur. Pukul manja menggunakan senduk sahaja. Pukul sehingga sebati.
  2. Bila dah sebati, masukkan tepung jagung dan uli sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, uli sehingga doh tak melekat di tangan. Gelek dan terap mengikut bentuk acuan.
  4. Ketepikan seketika untuk membuat royal icing pula.

Royal icing:

  • 2 biji putih telur
  • 175g gula icing
  • 2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Pukul telur putih sampai bertanduk. Masukkan gula icing dan putar sampai berkilat dan likat.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung. Pukul sampai semua bahan-bahan tak jatuh jika diterbalikkan.
  3. Masukkan dalam piping bag dan pipe atas biskut. Boleh deco mengikut kepuasan hati.
  4. Bakar biskut suhu 150C dalam 15 minit. Jaga suhu, bila setengah masa turunkan suhu.

Kredit: Nurul Akmal Mustaffa

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Jejari Coklat Nestum Mudah, Guna 4 Bahan Je

tags: