Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi ‘Semperit Cheese Unicorn’ Tak Guna Mixer, Pakai Senduk Pun Jadi!

Resepi ‘Semperit Cheese Unicorn’ Tak Guna Mixer, Pakai Senduk Pun Jadi!

Kategori:
Semperit Cheese Unicorn

Biasa pernah makan biskut semperit asli je kan? Jom cuba resepi semperit cheese unicorn ni pulak. Sebut je cheese, pasti confirm sedap. Cheese memang boleh digunakan dengan pelbagai cara. Kreatif juga rakyat Malaysia ni ya.

Resepi ‘Semperit Cheese Unicorn’

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung sepeket (400gm)
  • Butter satu ketul
  • Cream cheese 50gm
  • Tepung kastad 4 sudu menggunung
  • Susu pekat setengah tin
  • Esen vanilla 1 tutup
  • Choc chip

Cara-cara:

  1. Satukan butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Kacau sebati menggunakan senduk. Tak perlu guna mixer. Jangan kacau sampai kembang.
  2. Bila adunan tadi dah sebati, masukkan 4 sudu makan tepung kastad. Kacau sebati.
  3. Rupa adunan selepas masukkan tepung kastad. Selepas itu, masukkan tepung jagung sikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Kacau sehingga doh lembut dan tak melekat pada tangan. Kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian, 2 kecil 1 besar.
  5. 1 bahagian kecil letak warna biru atau apa-apa warna pilihan.
  6. 1 bahagian kecil lagi satu, letak warna merah atau warna yang disukai.
  7. Kemudian, cubit doh sedikit dan uli seperti dalam gambar. Gunakan warna yang lembut, kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
  8. Satukan doh tadi, uli sehingga dia bercantum seperti dalam gambar.
  9. Cubit sedikit daripada adunan tadi, Letak dalam acuan macam dalam gambar. Kemudian tekan atas dulang pembakar. Jangan letak doh penuh acuan, letak sikit sikit.
  10. Letakkan coklat chip di atasnya. Sebelum masukkan ke dalam oven, panaskan dulu oven 10 minit. Kemudian bakar dengan suhu 170C selama 40 minit, guna api atas bawah.

Kredit: Aisyah Zulaikha

Selamat mencuba!

tags: