Resepi honey butter cornflakes ni lain sedikit daripada cornflakes madu yang biasa orang buat. Resepi ini tak perlu cairkan butter di atas api. Rasanya lebih berlemak. Sedap sangat! Jangan lupa cuba ya!
Cara Buat ‘Honey Butter Cornflakes’ Yang Tak Melekit & Lebih Rangup
Bahan-bahan:
250 gram butter
1 cawan gula icing
1 biji kuning telur
3 sdb susu pekat
3 sdb madu
500 gram cornflakes
Cara-cara:
Pukul butter dan gula icing menggunakan spatula/whisk sehingga sedikit kembang.
Kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan madu. Pukul lagi sehingga sebati.
Tuangkan campuran butter tadi ke dalam cornflakes.
Gaul sebati.
Masukkan ke dalam paper cup. Tabur manik urai yang bulat-bulat kecil tu.
Bakar dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180°c.