Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Mudah Kek Pisang Guna Blender Je Tapi Sangat Sedap, Lembut Dan Gebu

Resepi Mudah Kek Pisang Guna Blender Je Tapi Sangat Sedap, Lembut Dan Gebu

Kategori: ,

Ini dia resepi kek pisang guna blender je, tetapi hasilnya amatlah gebu dan sedap. Tak payah susah-susah nak lenyekkan apa ke. Masukkan dalam pengisar je. Buat untuk majlis apa-apa atau buat pada bulan puasa okay sangat ni. Nanti boleh bahagi kan kek pisang tu dekat jiran-jiran. Jiran suka kita pun bahagia. Jom kita ikut cara atau resepinya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir (boleh adjust sendiri tahap kemanisan)
  • 1 cawan minyak jagung/ minyak masak.
  • 4 biji telur
  • 8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Sedikit garam (saya tambah)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan oven 10-15 minit suhu 160-170°c.
  2. Campur tepung gandum , baking powder & baking soda . Ayak. Asingkan .
  3. Sediakan blender (pengisar) . Masukkan telur , gula & garam . Blend hingga kembang.
  4. Masukkan minyak , blend lagi .
  5. Masukkan pisang , blend halus . Off blender. Asingkan bahan ini dalam 1 mangkuk besar.
  6. Ambil tepung diayak tadi , masukkan sedikit demi sedikit dalam bahan yg di blend tadi. Gaul sebati. Jangan lebih2 gaul ye. Asal sebati je.
  7. Lenserkan loyang. Lapik baking paper. Bakar 160-170°c /45-50minit ikut oven masing2.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Aliah Yahaya Alia (MAHN)

Baca juga: Cara Buat Lepat Jagung Tak Perlu Kukus, Sangat Mudah Dan Sedap

tags: | |