Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Betul Goreng Kacang Tanah Supaya Tak Hangus, Kalau Tak Hangus Barulah Sedap Kuah Kacang

Cara Betul Goreng Kacang Tanah Supaya Tak Hangus, Kalau Tak Hangus Barulah Sedap Kuah Kacang

Kategori: ,
cara goreng kacang tanah

Tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari raya. Antara makanan atau juadah yang sering disediakan oleh kita adalah nasi minyak, rendang ayam, nasi himpit kuah kacang dan lain-lain. Nasi himpit dan kuah kacang adalah antara makanan paling legend. Apabila malam raya, kakak-kakak atau emak-emak akan bertungkus lumus menyediakan hidangan.

Sesi untuk menyediakan kuah kacang ini pula adalah sedikit renyah, sebab perlu digoreng dulu, di ramas dan di buang kulitnya pula, kemudian di tapis untuk hilangkan kulit-kulit tu. Dan akhir sekali barulah ditumis sehingga masak.

Tetapi ada sesetengah daripada kita tidak mengetahui cara yang betul untuk menyediakan kuah kacang tanah yang sedap. Kadang kala ada yang mengoreng hangit sedikit, ada yang lemau, ada yang kurang garing dan lain-lain yang menyebabkan kuah kacang kita kurang enak. Jadi bila nak menghidangkan dekat tetamu pun rasa malu kan.

Di sini ada beberapa cara atau kaedah goreng kacang tanah  yang betul yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kuah kacang yang enak.

Cara goreng kacang tanah agar kuah kacang enak rasanya

  1. Tuang minyak ke dalam kuali dan terus sahaja masukkan kacang tanah.
  2. Tidak perlu menunggu sehingga minyaknya panas.
  3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
  4. Hasilnya kacang tidak akan jadi hangus. Pasti!

Pastikan semasa menggoreng anda kacau selalu, supaya kacang tersebut tidak hangus. Malah ianya akan lebih rangup dan cepat masak. Dan akhirnya kuah kacang tanah anda akan sedap. Mudah sahaja bukan goreng kacang tanah ini? Ikut je cara ini barulah sedap kuah kacang anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Keluarga.my

tags: