Anda teringin nak makan kek lumut cheese? Ada seorang wanita berkongsi resepinya setelah mencuba buat kek lumut cheese tersebut. Buat pada bulan puasa pun tak salah. Makan ketika berbuka atau waktu moreh. Sangat sedap. Anda memang wajib mencubanya.
BAHAN KUKUS BAHAGIAN LUMUT:
- 10 biji telur
- 450 gram butter
- 1 cawan gula halus
- 200 gram horlicks
- 1 cawan tepung hongkong ( Diayak)
- Setengh cawan susu pekat manis
- 60ml pandan pes
- 1 cawan susu tepung
- Setengah sudu esen vanila
BAHAN RESEPI BAHAGIAN CHEESE :
- 750 gram cheese
- 3 biji telur
- 4 sudu tepung hong kong
- 1 sudu esen vanilla
- 1 cawan gula halus
CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN KEK LUMUT:
- Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai berwarna putih ( guna hand mixer. Beli di shoppe Rm30 ja ) . Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, pastu pukul lagi. Buat sampai habis ya. Lepastu baru masukkan susu pekat.
- Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sebati. Baru masukkan tepung hongkong. Done untuk kek lumut.
- Bahagikan kepada 2 bahagian ya. Kukus bahagian bawah hijau dulu. Kalau google dia cakap 30 mins. Tapi saya kukus 1jam. Kena cek selalu ya. Kalau rasa dah keras tu, baru boleh letak cheese. Loyang guna siza 9×9.
CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN CHEESE :
- Senang ja bahagian ni. Campurkan sahaja semua bahan tu. Pastu boleh blend guna hand mixer sampai lembut. kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.
Pesanan: kena cek setiap 30 mins. Sebab dah cakap tadi ni 1st try. Nak kukus berapa lama untuk setiap bahagian tu sis tak boleh agak2 nak letak masa berapa. Yang penting kena rajin cek. Tq gais
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Kuali mama