Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Aneka Resepi Menarik Guna Air Fryer. Biskut, Puff, Egg Tart & Macam2 Lagi

10 Aneka Resepi Menarik Guna Air Fryer. Biskut, Puff, Egg Tart & Macam2 Lagi

Kategori: ,
Resepi menarik air fryer

Macam-macam kegunaan air fryer rupanya. Pelbagai makanan boleh buat. Rugi kalau tak cuba ni. Jom ikuti 10 aneka resepi menarik menggunakan air fryer dibawah.

1. CREAM CHEESE RED VELVET COOKIES

CREAM CHEESE FILLING 

Bahan-bahan:

  • 100g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Tutup dengan plastic wrap dan simpan dalam peti ais selama 30 minit untuk dapatkan tekstur.

DOUGH COOKIES

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan butter, cairkan jika guna blender
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan:

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang dengan mixer atau blender.
  2. Masukkan telur, pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Campurkan tepung, serbuk koko dan baking powder dan gaulkan sampai jadi dough. Jika gunakan blender, masukkan tepung dalam bekas adunan secara manual.
  4. Dough yang dah siap tadi buatkan bentuk bulat kecil untuk membentuk cookies. (Dapat dalam 15-20 biji ikut saiz bulatan)
  5. Leperkan dan isikan 1 sudu kecil campuran cream cheese ke dalam setiap biji dough. Bulatkan semula dough yang diisi cream cheese tadi.
  6. Susun di dalam tray dan bakar.
  7. Airfryer 160° C, 10 minit atau oven 170° C 15 minit.
  8. Tunggu sejuk dan hidang.

2. PORTUGUESE EGG TART

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan susu low fat
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula castor
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Puff pastry (Kawan)

Cara penyediaan:

  1. Pukul bahan 1-5 sampai sebati macam pukul telur dadar. Bila dah rata tambahkan bahan ke 6. Ratakan sampai tak nampak tepung.
  2. Puff pastry tekankan pada acuan, ikut suka.
  3. Lepas tu isikan adunan tadi.
  4. Masuk AF : suhu 180 celcius, 10minit.

3. HONEY BUTTER BISCUITS ALA TEXAS

Bahan A :

  • 250g plain flour
  • 4 tsp baking powder
  • 1/2 tsp salt
  • 25g sugar
  • 115g cold cubed butter

Bahan B:

  • 140g milk
  • 2 tsp vinegar (cuka apple)

Bahan C (Glaze):

  • 50g butter
  • 50g honey

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bahan B. pastu letak tepi.
  2. Gaulkan Bahan A kecuali cubed butter
  3. Masukkan bahan B tadi ke dalam Bahan A. Gaul rata.
  4. Masukkan cubed butter. Gaul sekata tp jgn sampai jd bentuk doh.
  5. Guna sudu susun dlm basket Air Fryer.
  6. Sediakan bahan C. Cairkn butter di atas dapur (sapu topping biscuits sebelum masuk Air Fryer)
  7. Masuk dalam Air Fryer suhu 200c 10minit (cukup sehingga kuning keemasan)

Cara penyediaan Bahan C:

  1. Glaze, guna balik butter cair tadi panaskan semula dekat dapur kacau dengan madu.
  2. Sudah sebati amik berus, sapu la dkt atas biscuits yang masih panas.
  3. Sedia terhidang, sedap dimakan panas2.

4. SOSEJ ROLL

Bahan-bahan:

  • Sosej (guna je brand pape)
  • Puff pastry (guna brand Kawan saiz 40gram)
  • Telur sebijik
  • Sedikit susu segar

Cara penyediaan:

  1. Nyahbekukan (defrost) sosej dan puff pastry.
  2. Jika sosej sedikit berair kesan defrost lap sket dengan tisu. Kemudian balut sosej dengan puff pastry.
  3. Sapu “egg wash” di atas puff pastry.
  4. Susun dalam tray dan bakar 180c selama 10minit. sehingga keemasan.
Tingss dah siap masak. Selamat Mencuba!

5. PANDAN CHOC CHIP MUFFIN

Bahan A (15 biji): Kisar

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan buttercup cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdk perasa pandan

Bahan B: Ayak

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Blend bahan A, kacau sebati dalam adunan B. Masukkan sedikit pewarna hijau.
  2. Sudukan adunan ke dlm acuan kertas cupcake agak agak 3/4 penuh. Hias dengan chocolate chip.
  3. Pre-heat AF pd 150°C / 3min.
  4. Bakar selama 15 minit.

6. BURNT CHEESE CAKE

Bahan-bahan:

  • 250g Cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 3 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:

  1. Blend sampai semua adunan sebati
  2. Kalau guna loyang boleh sapu mentega utk elak melekat
  3. Kalau ada baking paper boleh letak baking paper utk elak melekat.
  4. Bakar guna AF Suhu 180 celcius selama 25 minit.
  5. Boleh adjust masa jgk tgk pada nak burnt mcm mana.
  6. Boleh hias dengan buah-buahan untuk lebih menarik.

Selamat mencuba.

7. ROTI BOY

Bahan roti:

  • Tepung gandum 300g/3 cawan.
  • Gula 70g/7 sudu besar
  • Mentega 30g/3 sudu besar
  • Telur sebiji
  • Yis 1 sudu besar +air suam setengah cawan + 1sb gula (sampai berbuih)
  • Susu segar 150ml/ 1/2 cawan teh

Cara-cara:

  1. Campur tepung gandum, gula, mentega
  2. Masukkan telur dan susu segar. Uli dengan tangan je
  3. Masukkan yis yg telah berbuih
  4. Uli tepung sekurang2 15 minit supaya roti lembut.. Kalau doh lembik, tambah tepung sedikit sampai jadi doh yg x lembik.
  5. Perap tepung.. Tutup dan biar suhu bilik je. Perap selama 1 jam.
    Selepas 1 jam:
  6. Inti dalam: Butter salt/butter tu biar beku.. Senang nk potong petak2 dadu2.. Kalau x ada guna majerin je.. Bulat2 doh dan masukkan butter.
  7. Biar doh kembang dalam 15 minit baru boleh letak topping atas doh

Bahan Topping:

  • Tepung gandum 50 gram/ 5 sudu besar
  • Mentega 60gram/ 6 sudu besar
  • Gula 40gram/ 4 sudu besar
  • Telur sebiji
  • Serbuk nescafe 3 sudu bancuh dgn air suam.(jgn cair Sgt)

Cara-cara:

  1. Putar gula,mentega hingga sebati. Yana guna sudu je..kacau2 je..
  2. Masukan telur
  3. Masukan nescafe
  4. Masukan tepung sikit sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan dalam AF. Bakar suhu 160 selama 7 minit.

8. SOTONG BAKAR CICAH SOS THAI

Resepi:

Bersihkan sotong & kelar belakang depan jgn putus, masukkan dlm airfryer 10 minit suhu 180. Kemudian balikkan sotong dan bakar lagi selama 5 minit.

Bahan sos:

  • Cili api
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • pasti sedap
  • tomato
  • daun ketumbar
    *semua bahan diatas dikisar kasar
  • limau nipis
  • sos ikan
  • gula perang

Cara-cara:

Gaul kesemua bahan & curah ke atas sotong yang sudah masak td, boleh dihidangkan.

9. SARDINE PUFF

Bahan:

  • Puff pastry jenama Kawan dll
  • Sardin
  • Bawang 1biji (dipotong dadu)
  • Kentang 1biji (dipotong dadu)
  • Cili/lada
  • Telur 1biji

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang, kentang, cili dan sardin hingga masak. Korang nak letak gula dan garam sedikit terpulang selera masing2. Sejukkan,pastu lenyek sehingga lumat.
  2. Sediakan kulit pastry,bubuh inti dan tekan hujung garfu di hujung2 puff.
  3. Sapu kuning telur diatas. Bakar guna AF dengan suhu 180 darjah selcius selama 10 minit.
Selamat mencuba!

10. AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan:

  • Ayam (1.5kg)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 inci Halia
  • 3 btg serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 4 sudu makan madu
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan minyak zaitun

Cara penyediaan:

  1. Blender serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.
  2. Campurkan semuanya dlm bekas utk perapan. Bahan blender, madu, lada hitam, sos tiram dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Lumurkan perapan pada keseluruhan ayam.
  4. Balut ayam guna plastic wrap.
  5. Perapkan ayam. Minimum 4 jam. Lagi lama lagi sedap, sampai ke tulang rasa perapan ayam.
  6. Masukkan dalam AF. Suhu 170 selama 35 minit.
  7. Siap untuk dihidang. Bau ayam macam dekat restoran. Wangi satu rumah!

 

Kredit: Lala Velouette

tags: