Cantikkan warna air telang selasih lemon ni? Warnanya terhasil dari bunga telang, bunga yang boleh dimakan/edible. Jangan risau, boleh minum ya. Tambahan lagi, bunga telang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Jom cuba!
– Bunga telang digunakan lebih kepada untuk menghasilkan ekstrak pewarna.
– Perahan lemon (food acid) akan mengubah warna biru diraja telang kepada ungu.
– Jika berhajat untuk mengekalkan warna biru diraja telang, jangan perah buah lemon atau limau.
– jangan salah pilih bunga. Bunga telang adalah sejenis bunga edible (boleh dimakan) sementara bunga seri pagi bijinya beracun.
– Bunga telang ni tiada rasa. More too ekstrak warna.
– Jadi kita yang akan perasakannya sendiri ikut selera abang-abang.
– Lemon, serai wangi, laici,madu, soda antara pilihan yang sesuai ditambah dalam air sebagai perasa. (Dalam contoh ni saya guna Lemon kerana itu saja ada di rumah malas nak cari yang lain).
Kredit: Alang Budiman