Ini dia resepi burger Malaysia yang sehingga kini masih digilai oleh rakyat Malaysia. Betapa legendnya burger Malaysia ini. Makan sewaktu minum petang bersama teh o ais memang sedap. Jom kita cuba buat.
RESEPI BURGER MALAYSIA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 1 1/2 cawan air suam
- 1 paket yis
- 2 sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang )
Bahan B
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sdb membukit butter guna marjerin pun boleh
- 2 sdb susu pekat manis
- 1 1/2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
- 1/2 sdt baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti)
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B, gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit.
- Peram dalam bekas bertutup 10 minit, tabur tepung dalam talam.
- Bulat-bulatkan doh, ikut saiz yg dikehendaki. Tekan sikit atas doh tu, susun dalam talam. Buat hingga siap.
- Peram lagi 18-20 minit dan bolehlah digoreng.
- Guna api sederhana, sentiasa balik-balikkan.
RESEPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)
BAHAN-BAHAN:
- 2 genggam ikan bilis | Goreng dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 sdb sos cili
- 1 1/2 sdb gula
- Sedikit garam
- Bahan perasa jika perlu
- 1/2 cawan air
- 1 1/2 senduk minyak masak utk menumis
Bahan kisar
- 10-12 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3- 4 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak masak.
- Tumis bahan kisar.
- Masukkan gula, umiskan hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
- Masukkan sos cili dan kacau.
- Masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Mariana Zainal Via MAHN
Baca juga: Cara Buat Susu Pekat Manis Hanya Dengan 3 Minit Dan 3 Bahan Sahaja