Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Ayam Percik Tanpa Santan, Customer Order Nak Beli Seekor Terus

Resepi Mudah Ayam Percik Tanpa Santan, Customer Order Nak Beli Seekor Terus

Kategori:

Ini dia resepi mudah ayam percik. Tak menggunakan santan pun. Tapi tetap sedap. Sampai pelanggar order nak seekor terus ayam percik ni. Tak nak potong-potong.

RESEPI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam cuci belah 2 | toskan
  • Olive oil/minyak masak

Bahan Kisar

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kunyit hidup

Bahan Kisar Halus

  • Ketumbar
  • Jintan manis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bahan-bahan tanpa minyak.
  2. Pastikan garam gula secukup rasa.
  3. Masukkan ayam, masak setengah masak.
  4. Kemudian letak ayam di atas stand renyis olive oil, minyak masak pun bleh.
  5. Bakar pada suhu af 200 (35minit), suhu oven 180 (30 minit).

RESEPI KUAH

BAHAN-BAHAN:

  • Sos cili
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • 1 sdb tepung jagung

Bahan Kisar:

  • Cili kering
  • Bawang putih

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskn kuali/periuk, masukkan cili, masukkn sedikit air kacau-kacau sehingga cili masak.
  2. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
  3. Kacau sehingga kuah jadi pekat.
  4. Pastikn gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : SuiShan Aliezshan

Baca juga: Ini Dia Cara Buat Salted Egg Cornflakes Crunchy Yang Viral Tu

 

tags: