Teringin nak makan salted egg cornflakes kan? Tapi kalau beli mahal, tak puas makan. Satu balang tu berapa dah. Kalau buat sendiri, jimat sangat. Boleh makan sepuasnya. Jadi ini dia cara buat salted egg cornflakes crunch yang viral tu.
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg cornflakes
- 10 tangkai cili kering di potong kecil-kecil
- Butter cup 250 gram
- Salted egg powder 100 gram
- Daun kari ikut suka nak letak byk pon ok
- 5 sudu gula castor
CARA PENYEDIAAN:
- Guna kuali besar ye senang nak gaul
- Cairkan butter dan masukan cili kering, daun kari, pastu salted egg powder.
- Goreng sampai berbuih halus dan baru masukan cornflakes serta gula castor.
- Gaul sebati dan cepat supaya salted egg tu tak berketul.
- Dah sebati boleh tutupkan api.
- Kemudian masukkan ke dalam tray, alaskan dengan kertas minyak terlebih dahulu.
- Ratakan cornflakes tadi dan bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 150 c api atas bawah.
- Bila dah siap, masukkan dalam tabung supaya tak lemau nanti.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: ija hafiza ismail