Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

Kategori: ,
biskut cornflakes crunchy

Ini dia resepi biskut cornflakes crunchy chocolate chips yang mudah. Hanya menyukat guna cawan sahaja. Dan yang paling penting biskut cornflakes crunchy chips ni sangat sedap.

Anak-anak mesti suka sebab ada coklat chips. Bukan setakat anak-anak, mak bapak pun pasti suka. Jom lihat resep lengkap di bawah ini.

Cara Buat Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate

Bahan-bahan:

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, ramaskan sedikit)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Cara-cara:

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. 
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, tak perlu diayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond. Gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nurul Syuhada Che Din Via MAHN

Baca juga:Ini Cara Buat Chocolate Eclairs Yang Sedap Hanya Dengan 4 Bahan, Tak Perlu Bakar Pun

tags: