Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Kaw Dan Menyelerakan, Tak Berbau Dan Tak Muak!

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Kaw Dan Menyelerakan, Tak Berbau Dan Tak Muak!

Kategori: ,

Teringin nak buat ketam Masak Lemak Cili Padi yang kaw. Takde rasa hanyir dan yang pastinya bila makan tu sedap sangat. BIasa kalau jual dekat kedai sedap je, tapi tak kan hari-hari nak makan Ketam Masak Lemak dekat kedai kan? Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah menggunakan resepi kat bawah ini.

Kalau buat pasti tak menyesal punya. Lepas ni dah tak pergi kedai. Beli ketam dan masak sendiri je. Baru puas hati makan kan? Tanpa membuang masa, jom kita masak sekarang!

Cara Mudah Buat Ketam Masak Lemak Cili Padi, Padu Sungguh!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor

Bahan kisar halus:

  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Mudah sahaja kan nak buat Ketam Masak Lemak Cili Padi ini? Main campak-campak je sebenarnya. Tapi jangan derhaka resepi ya. Tak pasal-pasal lain pula rasanya nanti. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi yang ringkas ini kepada kenalan anda ya!

Selamat mencuba!

Kredit : Resepi Che Nom

Baca juga: Resepi Sup Ketam Paling Kaw, Memang Betul-Betul Pikat Selera Orang Tersayang

tags: