Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Brownies Cookies Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

Resepi Brownies Cookies Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

Kategori:
brownies cookies guna sukatan cawan

Mudahnya resepi brownies cookies guna sukatan cawan ni. Tak perlu guna penimbang. Cara nak buat pun senang, hanya perlu kacau guna senduk tak perlu guna mixer. Jom cuba!

Resepi Brownies Cookies Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

BAHAN A:

  • 1/4 cwn buttercup / majerin
  • 2 cwn dark coklat beryls

*cairkan guna kaedah double boiled

BAHAN B:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula halus
  • Esen vanilla

BAHAN C:

  • 1/2 cwn tepung gandum *ayak
  • 1/4 cwn tepung jagung *ayak
  • 1 sdk baking powder *ayak
  • Secubit garam
  • 1 sdk serbuk koko (nak letak boleh, taknak letak pun takpe)

CARA-CARA:

  1. Campurkan bahan A & B. Kacau perlahan sampai likat.
  2. Masukkan bahan C. Kacau perlahan sampai likat & sebati. Tak perlu guna mixer. Kacau guna spatula or senduk kayu aje.
  3. Masukkan adunan dlm piping bag. Rehatkan adunan dalam piping bag selama 15 minit (sambil2 tu boleh la basuh2 bekas yang habis kena coklat tadi)
  4. Panaskan oven 5 minit.
  5. Bentukkan adunan atas silicon matt.
  6. Bakar adunan selama 15-20 minit. Api atas bawah.
  7. Suhu 140 C. Bergantung pada oven masing2.
  8. Siap!

Kredit: Ct Nurul Naim

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

tags: