Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Brown Sugar Bubble Tea Ball Dari Taiwan Ini Mengandungi Gelatin Babi, Disahkan Tidak Halal Oleh Jakim

Brown Sugar Bubble Tea Ball Dari Taiwan Ini Mengandungi Gelatin Babi, Disahkan Tidak Halal Oleh Jakim

Kategori: ,

Sememangnya bubble tea ini digilai oleh rakyat malaysia. Sehingga terlalu banyak jenama yang dijual di pasaran dan di bawa masuk daripada negara luar.

Semua yang dibawa masuk adalah sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. Tetapi adakah kita tahu yang sebenarnya sesetengah jenama bubble tea yang sedap dan menarik itu mengandungi gelatin babi. Terbaru pihak JAKIM ada mengeluarkan kenyataan berkenaan penjelasan isu status halal produk brown sugar bubble tea ball dari Taiwan ini.

Produk berkenaan tidak mempunyai pengesahan halal dari mana-mana JAKIM atau pihak JAIN atau sijil halal luar negara yang diiktiraf.

Penjelasan Isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball

Penjelasan Isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.

Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.

Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
? pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1
25 Ramadhan 1441 H
18 Mei 2020 M

https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1607014442791156/?type=3&theater

Sumber : Bahagian Hab Halal, JAKIM

Baca juga :Resepi Char Kuey Teow Original Penang, Sedap Aih!

tags: