Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Istimewa Sate Ayam Merecik Untuk Raya Nanti, Confirm Tak Cukup

Resepi Istimewa Sate Ayam Merecik Untuk Raya Nanti, Confirm Tak Cukup

Kategori: ,

Ini dia resepi sate ayam merecik untuk raya nanti. Confirm tak cukup 1 ekor ayam sebabnya sangat sedap. Dahla mudah, perap semalaman kemudian bakar. Senang kan? Jom kita buat sate ayam merecik ni untuk dijadikan hidangan juadah hari raya nanti.

Resepi Sate Ayam Merecik Untuk Raya Nanti, Confirm Tak Cukup

RESEPI SATE AYAM (untuk 1 ekor ayam)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan)
  • Kulit ayam (jangan buang ye, potong kecik dan perapkan sekali isi ayam)

Bahan Kisar : Kisar dengan sedikit air

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah (taknak letak pun takpe, letak lagi sedap)
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai

Bahan Perap:

  • 2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
  • 1 ½ cawan gula (kena manis, baru sedap)
  • 2 sk garam
  • 4 sk serbuk kunyit
  • 3 sb jintan manis

Cara Penyediaan:

  1. Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan.
  2. Masukkan bahan kisar dan bahan perap.
  3. Gaul sebati.
  4. Boleh tambah apa yang kurang, gula atau garam.
  5. Perapkan semalaman kalau nak sedap ( saya perap balik kerja semalaman, petang tadi baru bakar)
  6. Bila dah perap, baru cucuk ye.
  7. Kalau nak sedap selitkan kulit ayam dibahagian tengah.
  8. Lebihan perapan tadi ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak. (untuk direnjiskan masa membakar guna 1 batang serai yang diketuk pada hujungnya)
  9. Bakar sehingga masak ( saya bakar tadi dalam 5 minit sahaja , sebab dah perap semalaman)
  10. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI KUAH SATE

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk separa halus)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 keping gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • Garam
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 2 keping asam keping

Bahan Kisar : Kisar dengan sedikit air

  • Segenggam cili kering ( potong dan rebus)
  • 2 labu bawang besar
  • 2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Jangan terlalu sikit dan terlalu banyak sangat.
  2. Tumiskan bahan kisar tadi dan masukkan serai. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kacang dan gaul sebati
  4. Masukkan air. Biarkan hingga mendidih. (Api slow)
  5. Nampak dah kering sikit masukkan santan dan gula melaka. Kemudian masukkan gula, garam dan asam.
  6. Masak sampai kuah dah pekat.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama sate

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Siti Norizan‎

tags: