Biasa kita tengok orang buat semperit klasik, semperit cheese dan sebagainya. Tapi jarang sangat tengok orang buat semperit coklat ni kan, nampak macam sedap tapi memang sedap! Nak tahu sedap ke tak, jom la cuba buat sendiri.
Cara Buat ‘Semperit Coklat’ Hitam Manis Yang Menawan
Bahan-bahan:
- 1 ketul butter
- 1 cawan gula icing
- 1 biji kuning telur
- 2 sk esen vanila
- 1 sk coklat emulco
- 1/2 cawan serbuk coklat
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
Cara-cara:
- Satukan butter, gula icing, kuning telur, esen vanilla dan coklat emulco. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan serbuk koko, tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum. Kacau sebati sehingga doh tak melekat di jari.
- Kalau lembik tambah tepung jagung dan gandum sikit-sikit.
- Tekan menggunakan acuan semperit pecah 15.
- Selepas dah tekan, biarkan dalam 15 minit kena angin baru bakar.
- Bakar pada suhu 150C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kredit: Are-u Juliania
Selamat mencuba!