Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Popia Bersalut Coklat Yang Viral, Rasa Dia Memang Umphh!

Cara Buat Popia Bersalut Coklat Yang Viral, Rasa Dia Memang Umphh!

Kategori: ,

Ini dia cara buat popia bersalut coklat yang viral itu. Rasa dia memang umph!  Popia bersalut coklat ini lain daripada yang lain. Rangup dan bercoklat. Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MATJHI.

Cara Buat Popia Bersalut Coklat Yang Viral, Rasa Dia Memang Umphh!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kulit popia
  • Coklat coin (beryls milk + dark choc)
  • Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Letak kuaci pun boleh)
  • Manik hiasan
  • Cawan biskut

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.
  2. Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.
  3. Setelah selesai, potong kulit popia memanjang. 1 gulungan ku potong jd 8. Ikut selera.
  4. Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
  5. Goreng hingga keemasan.
  6. Panaskan coklat coin double boil. Ku guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
  7. Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
  8. Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Chesu Riani

Baca juga: Resepi Rahsia Kuih Lapis Marvelous, Sesuai Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa

tags: