Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Cara Buat Kek Cheese Leleh ‘Viral’, Kalau Buat Jual Memang Laku Keras!

Ini Cara Buat Kek Cheese Leleh ‘Viral’, Kalau Buat Jual Memang Laku Keras!

Kategori:
Kek Cheese Leleh

Pernah tak tengok orang jual kek cheese leleh ni? Nampak sedap kan. Senang je rupanya cara membuatnya. Jom cuba buat menggunakan resepi di bawah ini.

Ini Cara Buat Kek Cheese Leleh ‘Viral’

Bahan Kek:

  • 3/4 cawan gula
  • 1 sb ovelet
  • 5 biji telur (gred A)
  • Pewarna + perisa
  • 2 cawan tepung kek
  • 3 sb minyak masak

Cara-cara:

  1. Pukul gula. Masukkan ovelet, telur dan pewarna perisa. Pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
  2. Kemudian masukkan tepung kek, pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Gaul adunan sehingga sebati.
  3. Letak dalam loyang saiz 5, bakar pada suhu 160 selama 20/23 minit menggunakan api atas bawah.

Bahan topping:

  • Cream cheese tatura 250 gram
  • 2/3 cawan Whipping cream jenama vivo
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 tin susu cair

Cara-cara;

  1. Pukul cheese tatura sehingga sebati. Masukkan whipping cream, pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair.
  3. Letakkan ke atas kek yang sudah dibakar.
  4. Letak topping mengikut citarasa masing-masing.

Kredit: Ct Fairuz

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer

tags: