Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Yang Comel Dan Confirm Sedap

Ini Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Yang Comel Dan Confirm Sedap

Kategori:

Ini dia resepi cupcake pandan gula melaka yang comel dan confirm sedap. Dia punya kek tu gebu lepas tu dimakan bersama dengan krim dekat atas tu memang padu. Cupcake ini sesuai dibuat ketika majlis hari lahir atau untuk menghadiahkan kepada orang tersayang.

CUPCAKE PANDAN

BAHAN-BAHAN

  • 200 gram tepung gandum
  • 1/2 st baking powder
  • 125g unsalted butter
  • 1/2 st garan
  • 1/2 st aisin vanilla
  • 200g gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • *75g santan kotak
  • *25g air
  • *2sb jus pandan
  • *pewarna hijau

Bahan bertanda * campur sekali

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan oven
  2. Ayak tepung dan baking powder
  3. Pukul mentega, vanilla dan garam hingga kembang
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga gebu
  5. Masukkan telur pukul hingga sebati
  6. Masukkan campuran santan, air, jus pandan dan pewarna
  7. Masukkan tepung gaul sebati
  8. Masukkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak (160 darjah selama 25 minit)

GULA MELAKA SWISS MERINGUE BUTTERCREAM FROSTING

BAHAN-BAHAN:

  • 50g gula melaka dihancurkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 110g gula castor
  • 150g unsalted butter
  • Secubit garam
  • 1 st aisin vanilla

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan putih telur, gula dan garam dalam bekas kalis panas dan boiler
  2. Pastilan gula hancur
  3. Pukul adunan telur hingga kental
  4. Perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  5. Campurkan karamel gula melaka dan pukul hingga sebati
  6. Sedia dipaipkan ke atas kek

Untuk menyediakan karamel :

  1. Campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk dan masakkan.
  2. Kacau hingga hancur. Sediakan dahulu/lebih awal.
  3. Biarkan sejuk

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Huzaeen Rosli Via MAHN

Baca juga : Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan Paling Mudah Dan Paling Sedap

tags: