Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Pandan Gula Melaka Yang Sedap Dan Cair Dimulut

Resepi Biskut Pandan Gula Melaka Yang Sedap Dan Cair Dimulut

Kategori:

Biskut pandan gula melaka ini sangat sedap. Sekali ngap terus cair dimulut. Sedap sangat-sangat. Korang memang kena cuba, kalau beli dekat luar mahal. Buat sendiri lagi jimat.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm butter Anchor|pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yg kita tekan tu tak mengembang
  • 250gm tepung gandum
  • 90gm brown sugar
  • 2 sudu kelapa kering
  • 1 sudu teh paste pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal
  • secubit garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji kuning telur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Dalam satu mangkuk , sebatikan butter & gula kemudian masukkan paste pandan dan pewarna kacau sebati kemudian masukkan tepung & 2 sudu kelapa kering putih kacau lagi hingga sebati
  2. Kemudian masukkan dalam paiping beg dan tekan pakai nozel mengikut kesukaan sendiri
  3. Tekan nozel buat satu bulatan sahaja. Agak2 sedang elok saiznya sbb bila di bakar nanti , biskut akan mengembang.
  4. Bakar suhu 160° dlm 15-20 minit mengikut oven masing-masing. Sejukkan & simpan di dalam bekas

Hiasan:

Hiaskan sebelum bakar

  • Gula melaka sagat
  • Kelapa parut kering

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: resipi dapur bidadari

tags: