Resepi ayam goreng cili halia ini memang power rasa dia. Kerana dilengkapi dengan rasa pedas, masam dan manis. Ayam goreng cili halia ini bukan sekadar sedap tetapi terlampau sedap. Sekali makan bertambah-tambah nasi. Korang kena cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
- 3 biji bawang merah (sederhana besar)
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci belacan
- 4 biji lada merah
- 6 biji cilipadi
- 1 atau 2 keping Asam keping
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 btg serai diketuk
- Hirisan bawang besar
- Minyak utk meggoreng
- Garam gula / gula merah (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
- Kupas dan blend (boleh juga tumbuk tapi jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah dan belacan.
- Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat.
- Kemudian masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.
- Goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
- Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh tutupkan api.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : angelic.argan
Baca juga: Resepi Kek Butter Cheese Blueberry Yang Membuatkan Anda Kecur Air Liur, Memang Super Sedap!