Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Sos Black Pepper Viral, Tersangat Sedap Dan Tak Muak

Ini Dia Resepi Sos Black Pepper Viral, Tersangat Sedap Dan Tak Muak

Kategori: ,

Kadang kala nak jumpa sos black pepper yang sedap tu susah kan? Kalau jumpa yang sedap pun,belum tentu mereka nak kongsi resepi. Tapi wanita ini tidak lokek untuk berkongsi resepi sos black pepper  yang viral dan sedap itu. Memang marvelous sangat. Orang ramai pun suka dengan resepi ni. Jadi tunggu apa lagi, korang wajib cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 sudu planta
  • 1 ulas bawang putih | diracik halus
  • 1 tin sos spageti keju | botol kuning yang kecil
  • 1 Cawan air suam
  • 1 sb serbuk cheese
  • 1/2 sudu kicap jalen lemak manis
  • 3/4 sb serbuk lada hitam | kisar
  • 3/4 sk gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan planta dalam api kecil sahaja.
  2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos spageti keju. Pilih yang botol kuning. Saiz tin paling kecil.
  4. Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
  5. Masukkan serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.
  6. Tambahkan kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. Jangan guna kicap masin!
  7. Masukkan  serbuk lada hitam dan gula (masukkan sikit-sikit untuk langkah selamat)
  8. Kacau sampai sebati.
  9. Tutup api setelah semua rasa sebati.
  10. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi Via MAHN

Baca juga : Resepi Buah Salad Berkrim Yang Sedap Dan Menyelerakan, Sesuai Untuk Anak-Anak

 

tags: