Anak-anak susah nak makan? Dah buat dan sediakan macam-macam makanan yang kita fikir fikir boleh membangkitkan selera anak-anak. Namun tak juga dimakannya. Jadi apa kata anda cuba buat salad buah ini. Memandangkan anak-anak memang lebih menyukai makanan yang berkrim, mungkin ini adalah pilihan yang sesuai.
Bukan sahaja mudah dan sedap namun salad buah ini juga dapat menyihatkan badan kerana ianya terdiri daripada buahan segar. Daripada anak-anak makan coklat atau manisan lain, bukankah ini adalah pilihan yang lebih baik?
Cara Mudah Buat Salad Buah Yang Sedap & Bekrim!
BAHAN-BAHAN:
- Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
- Susu Pekat
- Cheddar Cheese
- Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
- Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
- Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
- Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
- Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
- Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
- Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul. Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
- Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant.
- Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
- Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
- Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.
Mudah sahaja kan resepi Salad Buah yang dikongsikan oleh Puan Marimar Mas ini. Tak usah pening kepala dah lepas ni. Kalau anak susah nak makan, lebih-lebih lagi susah nak makan buahan atau sayuran. Apa kata buat macam ini sahaja. Sangat sedap dan menyelerakan!
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Puan Marimar Mas
Baca juga : Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Ini Memang Power, Terlampau Sedap