Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Memang Sedap ‘Sengoti’!

Cara Buat Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Memang Sedap ‘Sengoti’!

Kategori: ,
daging bakar cicah sos ala thai

Sedapnya kalau dapat makan daging bakar cicah sos ala thai ni! Memang terangkat, memang tak makan nasi putih dah, makan lauk je sebab sedap sangat. Jom cuba!

Cara Buat Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai

1. Perapan daging

Bahan-bahan:

  • 500 g daging lembu
  • 3 sudu besar brown sugar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam. Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan.
  2. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam.
  3. Lepas dah perap boleh la bakar hingga masak.
  4. Potong dia nipis nipis. Perghhh tak sempat potong masuk mulut dulu.

2. Sos Ala Thai

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji cili hijau*
    * Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang merah (dimayang halus)
  • Daun ketumbar (dipotong halus)

Cara-cara:

  1. Satukan sos ikan, sos tiram, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk.
  2. Kemudian, perahkan limau nipis. Last sekali masukkan bawang, cili dan daun ketumbar. Dah siap untuk dicicah.

Kredit: Cheyah Saripuddin

Selamat mencuba!

tags: |