Apam susu, sesuai dimakan untuk minum petang sebab tak muak. Anak-anak pun pasti suka sebab apam susu ni memang gebu dan lembut. Jom cuba!
Resepi Apam Susu Lemah Lembut
Bahan-bahan:
- 4 bj telur gred A@B (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula
- 1 sdt esen vanilla
- 1 sdb ovelatte
- 4 sudu susu pekat (suhu bilik)
- 1½ cwn tepung gandum
- Pewarna
Cara-cara:
- Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovelatte sampai kembang (saya blend 5 minit)
- Masukkan dalam bekas dan bubuh tepung. Gaul sebati dan bahagikan kepada 2@3 bahagian dan letak pewarna.
- Panaskan pengukus.
- Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan beselang warna mengikut citarasa sendiri.
- Kukus selama lebih kurang 40 minit.
- Siap!
Tips:
- Cawan yang digunakan untuk menyukat tepung dan gula mestilah sama. Saya guna cawan plastik rice cooker.
- Pastikan air betul2 mendidih terlebih dahulu dan balut tutup periuk dengan kain.
Kredit: Zainab Abu Bakar
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi ‘Oreo Melt Cheese Leleh Viral’, Mudah Sangat Nak Buat!