Berita gembira ini untuk penggemar makanan yang pedas. Sebelum ini sudah banyak rangkaian makanan segera yang mengeluarkan pelbagai menu yang pedas mengancam! Kali ini, giliran Texas Chicken pula mengeluarkan perisa baru iaitu Fire Dragon yang memang mampu menguji tahap kepedasan anda.
Texas Chicken telah mengumumkan menu baru melalui Facebook rasmi mereka iaitu menu dengan perasa yang baru. Mereka memperkenalkan perasa Fire Dragon, dibuat dengan bukan 1 lada bukan juga 2, tapi dibuat dengan 8 lada bersama sos chipotle ranch untuk kepuasan yang lebih berganda!
Anda boleh menikmati rasa baru ini dengan burger dan wrap. Untuk burger, anda boleh mencuba diantara Fire Dragon Burger atau Fire Dragon Monster Burger. Fire Dragon Monster Burger mempunyai kombinasi tender ayam dan paha ayam yang lazat! Anda juga boleh dapatkan Fire Dragon Wrap bersama coleslow, tomato dan keju Texas.
Jangan lupa mencuba menu baru mereka ini kerana hanya ada masa yang terhad. Jika anda suka makanan pedas, jom cabar diri anda untuk mencuba menu baru Texas Chicken ini!
Kredit: KLFOODIE