Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini telah menyerahkan lesen perniagaan kepada salah seorang penjaja, Minah Awang atau lebih mesra dipanggil Che Nah yang berniaga di Jalan Medan Setia Bukit Damansara.
Che Nah sangat bersyukur kerana dia sudah lama menginginkan lesen perniagaan tersebut, dia tidak dapat menahan sebak serta turut membuat sujud syukur.
Situasi itu dapat dilihat menerusi rakaman video ‘live’ di Facebook Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, penyerahan lesen itu adalah sebagai simbolik untuk menggalakkan penjaja untuk terus berniaga.
https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/577147653185175/
Rata-rata warganet yang menonton video itu turut rasa terharu dan sebak apabila melihat momen penyerahan lesen tersebut.