Berikut adalah Resepi Bolu Kukus Mekar Zebra. Resepi yang sangat ringkas tambahan pula bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.
Kek ini sesuai dihidangkan waktu minum petang anda semua atau untuk dijadikan juadah sampingan semasa majlis-majlis tertentu.
Resepi Bolu Kukus Mekar Zebra Selembut Kapas
Bahan yang diperlukan adalah:
- 250 g tepung terigu (All purpose flour)
- 250 g gula pasir
- 250 ml sprite
- 2 biji telur utuh
- 3 biji putih telur
- 1 sct panili
- 1 sct ovalet
- Sejumput garam
- Pewarna makanan
Cara-cara Memasak:
- Mixerkan sekaligus semua bahan kecuali pewarna. Mixerkan sehingga sebati.
- Kemudian bahagikan kepada 2 bahagiaan. Satu bahagian dicampurkan dengan warna coklat.
- Masukkan adunan kedalam bekas secara berselang warna yang berbeza sehingga penuh.
- Kemudian kukuskan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:
Kredit resepi Bunda Cinta