Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Cara Buat Kek Pisang Comel Dan Gebu. Bukan Comel Di Luar Je, Bila Makan Pun Sangat Sedap

Cara Buat Kek Pisang Comel Dan Gebu. Bukan Comel Di Luar Je, Bila Makan Pun Sangat Sedap

Kategori:

Nak buat kek pisang comel dan gebu? Ini dia resepinya. Bukan sahaja comel tetapi bila makan pun sangat sedap. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan. Ada bahan, kisar, gaul dan kukus. Kek pisang yang comel ni boleh dijadikan hidangan apa-apa jamuan. Pasti semua suka.

Cara Buat Kek Pisang Comel Dan Gebu. Bukan Comel Di Luar Je, Bila Makan Pun Sangat Sedap

BAHAN-BAHAN:

Bahan A

  • 5 biji  Pisang Berangan
  • 1 cawan Gula
  • 1 cawan Minyak
  • 1 biji Telur
  • 1 sk Esen Vanilla
  • Garam Secubit

Bahan B

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sk Baking Soda
  • 1 Sk Baking Powder

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar bahan A, kisar selama 1 minit jangan terlalu hancur sebab kite nakkan kek pisang yang cantik dan nampak urat urat pisang tu.
  2. Dah kisar bahan A, masukkan dalam bahan B dan gaul sehingga sebati.
  3. Apabila dah sebati, kukus selama 35 minit atau sehingga masak.

Nota: 

  • Pakai acuan bunga yang warna biru saiz 9”. Nak dapatkan kek pisang yang cantik, potong pisang serong dan susun di setiap kelopak acuan tu.
  • *Jangan lupa sapu marjerin atau minyak di seluruh acuan. Kalau nak guna Loyang, better saiz 8” tak kira lah bulat atau pun petak.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nur Ain Rahman

Baca juga : Ramai Yang Tak Tahu Sup Sayur Petola Campur Ubi Kentang Sedap Sangat, Ini Resepinya

tags: