Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Celup Tepung Teramat Sedappp, Dia Punya Tepung Tu Halus & Rangup. Terbaik!

Resepi Ikan Celup Tepung Teramat Sedappp, Dia Punya Tepung Tu Halus & Rangup. Terbaik!

Kategori:

Ini dia ikan celup tepung yang sedap sangat. Dia punya tepung tu rangup habis. Kalau dekat kelantan ada sesetengah tempat dia sediakan nasi kerabu dengan ikan celup tepung yang rangup. Ini ada cara dan tips macam mana nak dapatkan tepung yang rangup dan halus.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan
  • 5 ekor sotong
  • 10-13 ekor udang

Bahan adunan tepung :

  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja
  • 1/2 cawan kecil air sejuk

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan semua bahan adunan tepung ke dalam satu bekas.
  2. Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
  3. Bila dah sebati sepenuhnya. Masukkan ikan/sotong/udang .
  4. Pastikan semua terkena salutan tepung tersebut.
  5. Kemudian goreng sehingga masak. Baca tips dibawah bagi mendapatkan gorengan yang betul dan cantik.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips penting untuk menghasilkan bahan goreng yang cantik:

  • Guna minyak yang banyak
  • Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)
  • Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.
  • Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung. Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.Hasilnya memang sangat menarik. Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.
  • Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.
  • Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.*
  • Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga.
  • Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Afy AL Habibi Via MAHN

tags: