Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Melt Cake’ Azlina Ina Yang Meleleh, Memang Sedap & Senang Nak Buat

Resepi ‘Melt Cake’ Azlina Ina Yang Meleleh, Memang Sedap & Senang Nak Buat

Kategori:
Melt Cake

Resepi dari Cikgu Azlina Ina memang tidak pernah mengecewakan. Resepi beliau sangat mudah difahami dan senang untuk dibuat. Jom cuba resepi Melt Cake yang memang bikin meleleh ni!

Resepi ‘Melt Cake’ Azlina Ina

1) Bahan Untuk Kek

Bahan A:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak atau marjerin cair

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus

Bahan C:

  • 1/2 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
  3. Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
  4. Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

2) Bahan Untuk Coklat Ganache

Bahan-bahan:

  • 500g milk chocolate
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1 sudu besar marjerin

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
  2. Kacau sehingga likat dan smooth.
  3. Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.

3) Bahan Untuk Topping Cheese:

Bahan-bahan:

  • 250g cheese tatura
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan non-dairy whiping cream
  • 1/4 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
  3. Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
  4. Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
  5. Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
  6. Siap!
  7. Meleleh.

Kredit: Marliza Ismail
Selamat mencuba!

 

tags: |