Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Nasi Ayam Yang Berbeza Dari Yang Lain, Tetapi Rasa Dia Amat Sedap Dan Menyelerakan

Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Nasi Ayam Yang Berbeza Dari Yang Lain, Tetapi Rasa Dia Amat Sedap Dan Menyelerakan

Kategori: ,

Lelaki ini berkongsi cara masak nasi ayam yang berbeza dari yang lain. Kaedah yang digunakan sedikit berbeza, misalnya rebus ayam di dalam air yang dicampur sos dan beberapa bahan yang lain. Dan baru lah menggoreng. Apabila di goreng, hitam-hitam tu tak melekat di kuali dan rupa ayam goreng tersebut juga akan lebih cantik. Rasanya juga memang sedaap yang amat. Korang wajib cuba cara ni.

RESEPI AYAM

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Madu
  • Halia
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus ayam dengan sos tiram, kicap manis, minyak bijan, madu, halia, bawang putih, gula dan garam.
  2. Kemudian baru goreng ayam tu, untuk dapatkan color yang cantik. Sebab kalau terus perap ayam dengan sos tiram bila goreng minyak akan kotor. But still boleh guna lagi.
  3. Jangan buang air rebusan, boleh terus buat kicap untuk nasi ayam.

RESEPI SOS

BAHAN-BAHAN:

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Cili kering ( rebus)
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Halia
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Masak atas dapur sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

RESEPI NASI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 sekawan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Pelanta
  • Nak bagi kuning lagi letak color kuning sikit
  • Lemak ayam kalau ada
  • Taruh sup yang kita dah buat tadi.
  • Garam
  • Chicken stock untuk tambah rasa

*UNTUK KUAH SUP, BOLEH IKUT RESEPI YANG ANDA TAHU

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Saiful Hadi Via MAHN

tags: