Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biscoff Cheesecake Tak Perlu Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Je

Resepi Biscoff Cheesecake Tak Perlu Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Je

Kategori:
Biscoff Cheesecake tak perlu guna oven

Jom buat No-Bake Biscoff Cheesecake tak perlu guna oven ni. Mudah sangat tak perlu bakar dan tak perlu guna gelatin. Sejukkan dalam peti, kemudian siap boleh makan dah. Senang kan? Resepi ini tak guna Biscoff Cookies tapi rasanya memang sedap.

Resepi Biscoff Cheesecake Tak Perlu Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Je

Bahan-bahan base:

  • 100g digestive cookies
  • 2 sudu besar biscoff Spread
  • 100g butter – dicairkan

Cara-cara:

  1. Hancukan digestive cookies dan campurkan semua bahan.
  2. Ratakan dalam acuan spring form atau loose bottom.
  3. Sejukkan base dalam peti ais sementara buat creamcheese filling.
  4. Tinggalkan sedikit crumble digestive untuk hiasan kemudian.

Bahan untuk creamcheese filling:

  • 250g creamcheese
  • 1 cawan whipped cream
  • 1/2 cawan Biscoff Spread cair
  • 4 sudu besar gula castor – ikut tahap manis
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Pukul whip cream sehingga kental sampai stiff peak.
  2. Dalam bekas yang lain, mix kan creamcheese, Biscoff Spread, gula dan garam sehingga sebati.
  3. Campur kan adunan creamcheese dengan whip cream.
  4. Masukkan bahan dalam spring form. Sejukkan sehingga 3/4 jam dalam peti ais.
  5. Hiaskan dengan Biscoff Spread yang cair, kemudian taburkan crumble yang base tadi. Masukkan Biscoff Spread dalam microwave untuk cairkan dia.
  6. Simpan lagi beberapa jam untuk cheesecake set.
  7. Cheesecake jenis ni jangan dibiarkan di luar suhu bilik terlalu lama. Nanti ianya cair dan meleleh.
  8. Resepi ni guna loyang 6 inci. Kalau nak cantik je tinggi dia guna acuan loyang 7 inci.

Nota: Kebanyakan resepi viral Biscoff guna kaedah di atas. Jujurnya ianya terlalu overdose dengan rasa caramel dan Biscoff. Itupun base pakai biskut Digestive bukan sepenuhnya biskut Biscoff.

Rasanya okay saja kalau buat Creamcheese filling tanpa letak Biscoff dan base kekalkan pada guna Digestive sahaja. Jadi rasanya akan seimbang antara masam cheesecake dan rasa caramel dari topping Biscoff Spread. Tim akan buat kaedah filling creamcheese original kalau buat jualan.

Kredit: Fatimah Naamat

tags: