Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Penjaram Pandan Versi Sabah, Sesuai Dihidangkan Ketika Sarapan

Cara Buat Kuih Penjaram Pandan Versi Sabah, Sesuai Dihidangkan Ketika Sarapan

Kategori: ,

Kuih penjaram ini semakin di lupakan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semestinya kita tidak mahu hal ini terjadi di mana kuih-kuih tradisional Melayu terus dilupakan. Buatlah untuk anak-anak anda mencuba dan merasainya. Supaya kuih tradisional seperti kuih penjaram ini tidak lapuk dek zaman. Resepi ini dikongsi oleh siaurang.com.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 cawan Tepung Beras
  • 2 cawan Gula Pasir
  • 1 cawan Air Pandan (Daun Pandan dalam 6 helai)
  • 2 cawan Air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong daun pandan, blender dengan 1 cawan air. Kemudiaan saring air pandan yang telah diblender tadi.
  2. Masukkan 2 cawan air dan 2 cawan gula pasir ke dalam air pandan yang telah disaring dan pastikan gula betul-betul sebati dengan air pandan.
  3. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum dan tepung beras.
  4. Masukkan air pandan (jangan masukkan semua, tinggalkan dalam setengah cawan) ke dalam bekas tepung perlahan-lahan dan gaul sehingga sebati.
  5. Kalau adunan terlalu pekat, cuba adjust dengan lebihan air pandan tadi. Jangan telalu pekat dan jangan terlalu cair.
  6. Masukkan adunan dalam bekas dan biarkan selama 6-8 jam sebelum goreng.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Sedapnya Resepi

Baca juga: Resepi Memukau Chicken Cheese Crispy, Makan Satu Pasti Tak Cukup

tags: