Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rebus Dulu Baru Goreng, Ini Rahsia Resepi Ayam Masak Merah Ala Bekwoh Yang Padu!

Rebus Dulu Baru Goreng, Ini Rahsia Resepi Ayam Masak Merah Ala Bekwoh Yang Padu!

Kategori: ,
ayam masak merah ala bekwoh

Resepi ayam masak merah ala bekwoh ini memang lain dari lain. Sebelum goreng ayam, ayam akan direbus dulu. Teknik rebusan yang digunakan inilah yang membuatkannya berbeza. Percayalah, kalau ikut cara setiap langkah memang boleh habis licin sampai ke kuah, silap-silap bertambah-tambah nasi minyak dalam pinggan tu. Resepi perkongsian oleh cikgu Afy AL Habibi.

Ini Rahsia Resepi Ayam Masak Merah Ala Bekwoh Yang Paduresepi ayam masak merah

Di sini tips mok cikgu selalu buat masa kenduri. Nak buat resipi ayam masak merah ni dalam kuantiti banyak, kena rebus dulu. Selain senang kerja, isi ayam juga tak keras bila kita nak goreng. Jadi caranya ada dekat bawah.

  1. Rebus ayam bersama bahan kisar:
    – 1 batang serai
    – 1 hiris halia
    – 1 ulas bawang putih.
  2. Masukkan sekali
    – 3/4 sudu besar serbuk kunyit
    – 1/2 sudu kecil perencah secukup rasa
    – 3/4 sudu kecil garam halus
  3. Gaulkan sebati.
  4. Tambahkan sedikit air.
  5. Rebus ayam sehingga masak. *Bukan terlebih masak ye*
  6. Dah sejuk ayam rebusan tadi, goreng ayam tu seketika je. Bukan terlalu garing sebab ayam kita dah masak tadi.
  7. Tumis bahan kisar dengan menggunakan minyak gorengan yang sama.
    – 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
    – 1/2 biji bawang Holland
    – 1 ulas bawang putih
    – 1/2 hiris nipis halia
    – 3 hiris nipis serai
  8. Sangat penting untuk biarkan bawang ini garing dan jadi wangi terlebih dahulu.
  9. Barulah masukkan 1/2 biji tomato + 1/2 batang cili merah yang dikisar. Biarkan seketika.
  10. Diikuti dengan 1/2 sudip cili kisar. Masak cili hingga betul-betul garing dan pecah minyak. Barulah sambal kita sedap. Tak rasa ‘hidup’ cilinya.
  11. Perasakan dengan:
    – 1/2 keping relung kecil nisse / gula Melaka hancur
    – 1 1/2 sudu besar gula
    – 3/4 sudu kecil garam
    – 1/2 sudu kecil perasa
    * Tambah atau kurangkan mengikut citarasa sendiri.
  12. Tutup lagi seketika dengan tudung periuk untuk menaikkan warna yang menarik. Gunakan api perlahan sahaja.
  13. Masukkan pula 3/4 sudip sos cili. Juga setengah cawan kecil air. Kacau rata. Biarkan kuah mendidih.
  14. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan. Biarkan 3-4 minit supaya kuahnya meresap pada isi ayam.resepi ayam masak merah padu
  15. Kemudian taburkan dengan bawang holland. Boleh tutup api selepas bawang layu dan cukup semua rasa.ayam masak merah
  16. Dah siap ayam masak merah kenduri yang ringkas. Tersangatlah sedap. Lepas ni, kalau ada rewang kenduri kahwin, boleh dah ganti ketua chef masak. Selamat mencuba.ayam masak merah ala kenduri

 

tags: |