Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Burger Ramly Kian Terkenal Di Singapura, Mempunyai Lebih 120 Pemborong Yang Mendaftar

Burger Ramly Kian Terkenal Di Singapura, Mempunyai Lebih 120 Pemborong Yang Mendaftar

Kategori: ,

Burger Ramly atau Ramly Food Processing Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar makanan. Ia merupakan syarikat bumiputera dan ditubuhkan sejak 42 tahun yang lalu (1979). Sudah berdekad-dekad lamanya tetapi masih tetap utuh. Burger Ramly merupakan produk bumiputera dan dimiliki oleh Tuan Haji Ramly Bin Mokni. Burger Ramly adalah antara makanan segera yang popular di Malaysia serta disukai oleh orang ramai.

Burger Ramly Kian Terkenal Di Singapura

Burger Ramly mudah di dapati di mana-mana sahaja. Sama ada di restoran, kedai makan atau pun gerai-gerai kecil di tepi jalan. Memang Burger Ramly sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah bukan sahaja di Malaysia, kini Burger Ramly juga kian terkenal di Singapura. Rakyat Singapura juga turut menyukai produk makanan yang dikeluarkan oleh Ramly Food Processing Sdn Bhd ini.

Antara produk berjenama Ramly yang diminati adalah burger, nuget, drumet dan frankfurter yang mana berasaskan daripada daging lembu, ayam dan hasil laut. Sebenarnya idea untuk mengeluarkan produk ini tercetus apabila Tuan Haji Ramly Bin Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap mempunyai hasrat tinggi lagi murni untuk mengeluarkan produk yang halal dan bersih serta bermutu tinggi.

Mempunyai Dua Buah Kilang Pemprosesan

Setelah berpuluh tahun lamanya dalam dunia perniagaan, kini syarikat Burger Ramly telah mempunyai dua buah kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu Kuala Lumpur.

Mempunyai Lebih Daripada 120 Orang Pemborong Mendaftar

Produk Ramly ini sudah terkenal di pasaran Malaysia. Siapa lagi tidak kenal burger Ramly dan produk keluaran makanan Ramly yang lain. Semua sudah mengenalinya. Produk Ramly ini juga mempunyai lebih daripada 120 orang pemborong mendaftar (pada tahun 2019). Pemborong ini akan mengedarkan produk-produk makanan ke setiap pelusuk negeri dan tempat dengan menggunakan kenderaan kontena sejuk beku.

Benar produk makanan jenama Ramly ini kian unggul dan bakal ke taraf antarabangsa. Mungkin satu hari nanti jenama Ramly ini akan dikenali di seluruh pelusuk dunia dan dalam masa yang sama turut mengharumkan nama Malaysia.

Semoga terus maju Burger Ramly…

Sumber: wikipedia.com

 

 

tags: