Nasi dagang merupakan makanan yang popular di Terengganu. Ianya bukan sahaja disukai oleh rakyat negeri Terengganu malah negeri lain juga turut menyukaiinya. Di Terengganu, kedai nasi dagang yang sering dikunjungi oleh para pelancong adalah Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ini memang sangat terkenal dan selalu dipenuhi dengan rakyat Terengganu dan rakyat negeri lain yang berkunjung ke sana.
Kalau pergi Terengganu, tidak sah kalau tidak pekena nasi dagang. Tetapi itu pun kalau pergi. Kalau tak pergi dan anda teringin nak makan nasi dagang Terengganu pior, anda boleh cuba buat sendiri. Rujuklah langkah atau cara yang dikongsi oleh wanita ini yang di kenali dengan nama Ctnatrah Che Kamaruddin di laman facebook miliknya.
Ni Tie buat makan pagi tadi. Sempena cuti israj mikraj ni. Terajinlah pulak. Buat 1 kilo jer. Bolehlah bagi jiran jiran sikit sorang rasa.
1.Tie guna ikan aye kalau kat ganu panggil. Korang rasanya panggil ikan tongkol kan. Ada 2 jenis tongkol hitam dan kurik. Ni mak mertua bagi Ikan kurik, jalan jer. Kukus dulu ikan ni yer. Letak air separuh ikan, letak garam kasar dalam separuh genggam macam tu, jangan banyak sangat nanti termasin. Umi Tie tak suka.hehehe
Asam keping jangan lupa letak yer. Kalau ikan sikit 1 keping dah cukup, kalau banyak 3-4 keping. Umi Tie guna 2 keping jer ni. Tutup dan masak dalam api sederhana yer. Jangan bagi air kering lak. Nanti air ikan ni nak guna. Ti dah kukus siap- siap belah malam. Lagi kerap kukus lagi sodap. Ha gitu.
Ni rupa ikan yang siap dah dikukus.
2.Ni Tie guna beras nasi dagang. Kat Terengganu ni g kedai bagitahu jer nak beras nasi dagang. Diorang tahulah.
Kalau Orang kedai tu tak tahu, beras wangi pun boleh. Orang – orang dulu guna beras siam + beras pulut tau. Tu zaman tok tok lah. Sekarang dah moden guna beras ni jer. Hehehe. Derhaka kan
Basuh bersih siap- siap beras ni. Pastu kena rendam. Lagi lama lagi lembut nanti nasi. Petua ibu letak sekali asam keping. Nak bagi beras satu2 katanya. Umi Tie pun tak berapa nak tahu sebab apa ni. Hahahha. Orang suruh kita ikut jerlah. Kih kih kih.
Resepi ni, Umi Tie guna untuk sukatan beras 1 kg yer. Untuk makan sendiri jer.
3.Pagi- pagi lagi buat ni. Panaskan kukusan. Bila air dalam kukusan dah mendidih tu. Tuangkan beras yang dah ditoskan tadi dalam kukusan atas macam ni. Lupa nak snap gambar, Tie letak bakul kecik kat dalam. Ibu kata, tujuannya nak bagi beras masak sekata.
Tutup kukusan ni. Dan kukus lah beras ni sampai wap asap keluar dari tudung. Tu maknyanya dah masak untuk kukusan pertama yer. Ni baru kukus yang pertama.
4.Nanti sediakan air santan cair dalam 2 cawan macam ni.
5.Sambil sambil tu,santan pekat dalam 3rm, untuk nasi yer.
Dalam santan pekat tu, Umi Tie letak garam dalam 1 1/2 sudu kecik garam. Nak bagi berlemak jer nasi tu.
6.Pastu gula dalam 1/2 sudu makan. Nanti rasa santan tu, masin skitlah rasa yer. Nanti dah masuk dalam beras tak masin pun. Cuma nak berlemak jer nanti
7.Ni bahan- bahan nak gaul dalam nasi.
Bawang merah kecik hiris nipis- nipis dalam 3 biji
Halia dalam 1 inci 1/2 hiris nipis – nipis macam ni juga.
Halba dalam 1. 1/2 sudu.
Susun dalam piring macam ni,jangan lupa basuh lak tuh.
8.Beras yang kita kukus pertama tadi Ti dah angkat letak dalam besen besar macam ni. Kena cari besen besar sikit lah nanti nak balik kaup selesa jer.
Janganlah beras 1 kg korang g cari besen anak 1 tahun boleh berendam. Mentang- mentang Umi Tie suh cari besen besar. Agak- agaklah yer.
9.Letak semua santan cair 2 cawan tadi. Anggaran 1 cawan dalam 250ml air. Letak air biasa pun boleh. So 2 cawan 500ml. Umi Tie ambik santan pekat sikit dalam 1 sudu pastu campur jer air. Letak semuanya pastu kaup balik dengan senduk kayu.
Senduk kayu kena ada kalo nak buat nasi dagang. Kalo tak ada tu gunalah senduk apa korang ada. Kaup baliklah sampai rata, biar semua beras ni kena tau. Kami panggil arung. Masa arung ni kena semua beras tu kena air dan rata. Kalau masa ni korang buat mentah ataupun keras. Nanti nasi ni siap mesti keras dan mentah.
Sini kena jaga betul betullah. 1kg beras dengan 2 cawan santan cair tu dah oklah lembut.
(Tadi Umi Tie try buat 1 cawan 1/2 jer air. Nasi keras sikit. Jangan ikut kederhakaan ni yer. Hehehe.)
10.Bila semua beras tu dah rata. Air tadi dah diserap semua dalam beras. Beras pun nampak lembut dah.
Masukkan balik dalam kukusan tadi yer. Kukus macam step pertama. Biarkan.
Bila keluar wap asap ikut penutup atas tu maknanya dah masak.
Biarkan sekejap biar wap asap tu keluar dengan riangnya banyak banyak baru angkat yer.
11.Ok. Kukus ke dua dah siap.
Tie letak dalam besen hijau besar tadi balik
Buat lubang kat tengah- tengah. Letak bahan- bahan hiris tadi. Halia + bawang merah kecik+ halba. Pastu tutup sat dengan nasi panas- panas ni.
Dalam 5 min macam tu.
12. Dan tutup rapi macam ni. Biarkan jap yer. Nak bagi lembut tu bawang + halia + halba tu.
13. Nilah rupanya kukusan mini Umi Tie punya. Kecik molek macam tuan dia jer.
Bolehlah untuk 1 – 2 kilo kut beras tu.
Kalau korang perasan, Umi Tie letak kain tutup kat tengah tu. Nak elakkan wap asap keluar ikut situ. Huhuhu.
Nanti taklah confius keluar wap nanti kut manalah agaknya. Dahla mata 4 ni.
14. Dah cukup 5 min macam tu. Masukkan santan pekat
Dalam 3rm yang Tie dah letak garam + gula siap- siap tadi.
Kacaulah garam dan gula tu, kang tak hancur lak.
Pastu korang kaup balik macam orang gaul simen nak buat rumah tu. Pernah tak tengok? Huhu.
Kami panggil arung dengan santan pekat ni. Masa ni kena betul- betul fokus tau. Kena semua rata dan masa arung tu sampai keluar minyak santan. Tu maknanya santan pekat tadi dah masak.
Memang mase ni habislah lenguh tangan tu. Ni baru buat 1 kilo kalau yang buat jualan tu berkilo kilo, huiisssh beerotot otot rasanya tangan makcik makcik tu.
Kalau beli nasi dagang tu, korang tengok sikit janganlah pertikai yer. Lenguh weh masa arung ke dua ni. Nak bagi nasi betul betul masak dengan santan pekat ni.
15. Ada nampak tak nasi ni berminyak- minyak. Minyak santan ni lah yang keluar.
16. Pastu buatlah bulat macam ni. Hahaha.
Tak tau kenapa,kalau last step tu mesti nak penyek buat bulat macam ni. Baru namanya nasi dagang. Kih kihkih.
Besen ni kan lupa nak bagitahu. Kalau ada besen besi tu baik guna yang tu. Lagi best masa arung tu.
17. Ha ni step bahagian gulai ikan aye pula yer. Nasi dah settle tadi tu.
1 st kena masak santan dulu. Santan ni Tie guna dalam 4rm jer. Nasi dagang nak makan kuah banyak baru sedap.
4rm santan pekat tu campur lak air lagi. Jangan lah guna santan pekat tu jer. Ni nak bagitahu tak brtapa nak reti. Anggar lah macam korang bergulai macam biasalah yer.
Masak santan sampai masak,sampai naik kepala santan.
18.Sambil sambil kacau sntan atas api tu. Sambil sambil tunggu santan ni masak. Korang sediakanlah bahan- bahan untuk kuah ni.
19. Pas santan dah masak. Masukkan rempah yang kita blend tdi tu yer.
Masukkan semuanya jangan tinggal sisa pun. Karang tak sedap.heheh.
20.Masukkan lada giling dalam 3 sudu. Tie suka tengok merah. Hehehe
3 sudu besar.
Letak dalam separuh macam tu.
Kalau masa makan tu suka pedas. Kenyek jer lada jarum tu. Sodap . Ikan dah masuk,lada dah. Pastu rasalah untuk terakhirnya. Tie pun tak terer bab rasa. Kadang – kadang termasin kadang kadang tawar. Hahaha.
Nasib baik tukang komplen ada hari ni. Nak rasa sedap ke tak ti rasa dengan nasi sikit. Kalau ada rasa manis sikit- sikit tu oklah tu. Baru best nak makan.(sebab nilah tak nak duk dapur, gemuk dengan rasa jer kan. Heheh)
25. Weh acar tak buat lagi. Sepatutnya acar ni buat awal. Bukan buat masa nak makan dah. Nak tunggu air timun ni turun. Sebati dengan garam + gula tu ambik masa gak.
26. Untuk timun 1 batang
27. Nilah rupanya acar yang dah siap. Kacau bagi rata tau. Pastu cuba rasa. Nanti akan ada masam + manis. Masin tu tak rasa sangat.
28. Tadaaa siap. Jemput buat yer. Nanti bolehlah share kut kut ada yang mengidam nak makan tapi nak datang ganu ni jauh sangat katanya.
Buat jer k. Tak susah pun
Cuma pertama kali buat rasanya tak perfect macam makcik – makcik jual tu. Tapi bolehlah makan.
(UmiTie ni pun kena buat 3@4 kali baru ada rasa. Hehehe)