Inilah puding oreo milo yang sedap dan senang nak buat. Cuma hanya memerlukan sedikit kesabaran kerana anda perlu buat dua adunan. Puding oreo milo ini kalau masukkan dalam peti lepastu makan, memang bertambah sedap.
Dan sekiranya kalau ada majlis apa-apa, kesyukuran ke sambutan hari jadi ke, bolehlah buat puding oreo milo ini. Tak kan lah nak hidang puding sirap sahaja.
Resepi Puding Oreo Milo 5 Bahan, Super Senang Dan Super Sedap
BAHAN-BAHAN:
- 2 tin susu cair
- 2 paket agar – agar serbuk
- Milo
- Biskut
- Gula
CARA PENYEDIAAN:
- Campur semua kecuali biskut. Kacau rata dan masak atas api perlahan .
- Kemudian hancurkan biskut . Jangan halus sangat .
- Bila agar-agar tadi dah larut dan mendidih matikan api dan masukan biskut yang dah hancur tu. Kacau rata.
- Kemudian tuangkan dalam bekas . Sejukan .
- Campurkan pula serbuk agar-agar, 4 cawan air, 1 tin susu cair dan 1/2 cawan gula ( ni boleh ejas ikut selera memasing ). Kacau rata dan masak diatas api perlahan.
- Sama jugak macam tadi bila agar-agar dah larut dan mendidih masukan 1 cawan milo dan kacau rata . Bila dah rata matikan api .
- Lepastu tuang agar – agar milo atas oreo yang dah sejuk tadi . Pastikan dah sejuk ye kalau tak nanti dia bercampur. Dan boleh sejukan .
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Zulaikha Ghazali