Ada yang dah pernah cuba chocolate cake salted egg? Sos Salted Egg dia itu yang membuatkan ia unik lain dari lain. Kalau belum pernah cuba lagi, mesti tertanya-tanya rasa dia macam mana kan. Kalau nak tahu, jom cuba buat sendiri kat rumah. Tak try tak tahu kan.
Kek coklat boleh ikut mana-mana resepi, tapi untuk sos salted egg boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Faradilla Abd Hadi di bawah.
Resepi Topping Sos Salted Egg
Bahan-bahan:
-
1 sb serbuk salted egg ( xpyh susah2 nk rebus telur masin akk2 adik2 bli yg dah siap) tpi kalau xde jga xpe last skli sya ajar ok
-
1 sb susu full cream serbuk (susu ank pun ok)
-
1 sb tepung custard
-
1 sk corn flour
-
1 cwn fresh milk
-
1 sb butter (saya guna anchor)
-
1 sk vanilla (nk letak xpe xletak pun xpe)
Tapis dlu sblum masak
-
2 sb gula halus (jng manis sgt ya nti xsdp)
-
Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara:
- Kacau semua bahan dan masak atas api perlahan. Kacau sampai likat pekat, kalau rasa pekat sangat tambah air. Jangan terlalu cair nanti tak cantik dan tak sedap.
- Bila dah siap, sejukkan sehingga betul-betul sejuk dulu baru tuang atas kek. Memang sedap penuh berkrim.
* yg jauh dari baking shop bole guna kaedah ini
*2 biji egg yolk (telur masin cuci bersih blend dgn fresh milk smpai hncur) tapis follow resipi di atas ok
Resepi Egg Crumb
Bahan-bahan:
- 2 biji telur masin egg yolk sahaja
Cara-cara:
- Basuh egg yolk bersih-bersih. Bakar dalam oven selama 20 minit sehingga betul-betul kering.
- Bila dah kering, keluarkan dari oven dan hancur-hancurkan biar jadi macam crumbs.
- Bakar semula sehingga betul-betul kering dan sejukkan kan.
- Bila semua dah siap, tuang sos dan tabur egg crumb.
Kredit resepi: Siti Marya Hj Ahmad
Kredit gambar: Faradilla Abd Hadi