Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » GEMPAR: Franchise Terbesar Pizza Hut Isytihar Muflis Kerana 3 Faktor Ini

GEMPAR: Franchise Terbesar Pizza Hut Isytihar Muflis Kerana 3 Faktor Ini

Kategori: ,,

Pizza Hut merupakan sebuah rangkaian restoran dan francais makanan antarabangsa yang terbesar di dunia dan berasas di Dallas dan Texas. Pizza Hut merupakan salah satu restoran pilihan dikalangan masyarakat Amerika Syarikat. Ianya boleh dilihat dengan pembukaan 7,496 buah restoran Pizza Hut di negara tersebut manakala 18,703 buah restoran di seluruh dunia pada tahun 2019.

Pada 1 julai 2020, pemegang francais terbesar restoran Pizza Hut di Amerika Syarikat (AS), NPC International INC telah di isytihar muflis dan memohon perlindungan daripada mahkahmah. Kehadiran pelanggan yang sedia ada tidak cukup kuat untuk menyelamatkan NPC International INC daripada jatuh muflis.

Syarikat yang agak terkenal ini memohon perlindungan di Mahkamah Daerah Selatan Texas. NPC ini ditubuhkan pada tahun 1962 dan telah mengendalikan 1,227 Pizza Hut serta 393 Wendys di seluruh Amerika Syarikat.

Faktor menyebabkan kejatuhan syarikat…

Faktor yang menyebabkan kejatuhan syarikat ini adalah kerana COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020, disebabkan penutupan sementara perniagaan di seluruh negara bagi membendung penyebaran COVID-19 telah menyebabkan pendapatan syarikat merosot teruk.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh kos bahan mentah yang meningkat. Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan pendapatan syarikat ini terjejas. Walaupun begitu, NPC dan Pizza Hut telah berjuang sehabis mungkin untuk mengatasi masalah tersebut namun perkara ini tetap juga terjadi.

Mereka juga telah melakukan pelbagai cara antaranya berusaha memperluaskan lagi penghantaran makanan atau pizza. Manakala ada sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Overland Park yang beroperasi di Kansa juga sedang menghadapi persaingan sengit dengan Domino’s Pizza Inc dan Papa John’s International Inc.

Hal ini tidak bermaksud Pizza hut dan Wendy tidak lagi berniaga. NPC masih dapat terus beroperasi tetapi perlu membuat perancangan untuk membayar bil yang tertangguh dan mengubah strategi perniagaan. Dan apa yang berlaku pada francais ini sama sekali tidak mempengaruhi ribuan kedai Pizza Hut dan Wendy lain yang dimiliki oleh francais lain.

Syarikat ini mempunyai hutang sebanyak $903 juta…

Berdasarkan perjanjian dengan pemberi pinjamannya, NPC akan mula berusaha menjual Wendy dalam masa terdekat. Sementara itu, syarikat ini mempunyai masa sehingga 24 Julai untuk membuat perjanjian dengan pemiutang tertentu dan Pizza Hut sendiri, mengenai cara penyusunan semula perniagaan Pizza NPC ini. Sekiranya mereka tidak dapat mencapai kata sepakat, NPC akan berusaha menjual beberapa restoran Pizza Hut.

Menurut laman web Bloomberg, syarikat ini mempunyai hutang sebanyak $903 juta dan telah melakukan perbincangan awal mengenai perjanjian penyusunan semula, kira-kira 90% daripada pinjaman pertama dan 17% daripada pinjaman kedua. Rancangan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.

Sumber: Forbes.com dan Bloomberg.com

Nota: Ini hanya membabitkan Pizza Hut di Amerika Syarikat sahaja. Tiada kena mengena dengan Pizza Hut Malaysia.

 

 

tags: