Memang rugi siapa tak suka cheese kek, sedap yang amat! Lagi-lagi kalau letak topping seperti oreo. Tapi, kalau beli kat kedai boleh tahan juga harga dia. Kalau nak makan puas hati, boleh buat sendiri je kat rumah. Nak cuba buat? Jom cuba buat menggunakan resipi cheese kek oreo di bawah.
Resipi Cheese Kek Oreo
Bahagian bawah:
Bahagian atas (cheese):
- 250g cream cheese
- 80 g gula kastor
- 1 sk esen vanilla
- 250ml whipping cream (saya guna non-dairy)
-nk tebal lebihkn lg whipping creamnya
Cara penyediaan:
- Kisar oreo sampai hancur atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur.
- Masukkan butter yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam loyang (loose-base pan). Alaskan dengan baking paper dan masukkan oreo kisar tadi ratakan dan tekan ratakan dalam loyang kemudian sejukkan dalam peti.
- Pukul cream cheese, gula kastor, inti oreo & esen vanilla sehingga sebati.
- Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.
-
Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi. Taburkan oreo kisar ke atas kek utk hiasan atau boleh hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
-
Bekukan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga keras kemudian siap! (Akk letak dlm freezer 1 jam).
Kredit: Azzu Riana